Monday, November 26, 2012

Aku Dia Dan Tong Sampah Full Movie

Posted by Suria Hana at 12:49 AM 0 comments


Pertama kali baca tajuk filem ni macam ; " Ish, ada juga orang bagi tajuk cerita macam ni, ada tong sampah". Memang la kan faham simboliknya pertemuan dua insan itu adalah tong sampah. Haha. Biasa la cerita kan.

Tunggu punya tunggu cerita ni loading kt youtube, ternyata la penantian ku tak sia2. Sweet sangat gandingan Siti Saleha dan Betto ni. Betto dalam cerita ni nampak sangat cool. Sebelum ni aku memang la prejudis kat lakonan dia. Haha. Prejudis kat orang yang tak di kenali...pelakon plak tu. Apa la kan. Haha.

Ending mereka pun kat tepi tong sampah tu. Time tu la aku rasa nak makan gula-gula takpun cotton candy takpun Choki Choki pun boleh la. Punya la nak habaq kata suuuwwwiiiittt..Haha.

Pada pendapat aku cerita ni boleh la di tengok tatkala bosan dna takde kerja nak buat. Boleh buat kita tersenyum sat. hehe

Enjoy la ea untuk korg yang baru nak tengok. Dah tengok pun boleh ulang2 lagi. Ehehe.

Ciao.

Saturday, November 24, 2012

Aktiviti: Water Confidence

Posted by Suria Hana at 8:49 PM 0 comments
Pagi tadi aku dan rakan2 sekuliah terutamanya pelajar tahun akhir di wajibkan untuk menghadiri 'water confidence'. Tujuannya untuk memberi sedikit pengetahuan dan persediaan kpd para bakal guru ni. Cewah. Bukan apa kan mana la tau, nanti kena posting jauh nun ke Sabah n Sarawak atau kawasan pedalaman yang memerlukan ke sekolah naik perahu ke bot ke etc. Jadi melalui aktiviti ini takde la kitorg macam takut sangat kat air tu.

Sebenarnya pagi tadi hujan tidak berhenti-henti, tapi aktiviti tetap diteruskan. Kumpulan pertama pergi berkayak dahulu manakala aku ni serta kumpulan kedua berjoging la tengah hujan tu. Semua dah macam, 'Ni boleh demam ni', 'Macam mana la nak main dalam ' air teh susu' tu'. Itu la sedikit sebanyak keluhan. Bukan apa, air kat Tasik Mahallah Maryam tu memang la kaler macam teh susu. Cumanya tk boleh minum. Pulak tu siap ada biawak. Hish, geli pulak aku.

Tunggu turn punya tunggu lepas joging tadi, aku kira pukul 10.00 mcm tu baru dapat berkayak. Okay instructor pun bagitau la cara pegang pendayaung tu dan cara2 mengendalikan kayak. Okey semangat ni semua nk pi berkayak.

Sekarang masa untuk turun ke kayak. Allahuakbar, pijak2 lembik je tanah kat bawah tu. Macam nk ter'pegheluih' kata org utara. Ala-ala kaki nk masuk ke dalam tanah lembik tu la. Ok,steady2. Haha. Aku first naik kayak tu pastu baru partner aku Alya naik. hati dah start berbunga. Lama tk main kayak. Dan lama dah teringin nak main ni. Haha. Pucuk dicita ulam yang mendatang.

Kami pun memulakan dayungan kami. Pastu instructor a.k.a atelit kayak tu pun suruh le kitorg berdua angkat pendayung keatas secara menegak. Itu tandanya isyarat untuk berkumpul. Takde la pulak gambar, sebab tk bawa kamera time berkayak. Mau tenggelam dalam tasik tu sapa nk jawab kan.

Semua dah berkumpul, sedikit penerangan diberikan. Pastu kitorg buat changing partner. Maksudnya orang yang dalam kayak lain berjalan atas kayak yg telah dirapatkan tadi menuju ke hujung yang lain. Ni pun takde gmabar. Ni jelah mampu dengan bantuan inche google senang nak faham kan. Macam ni la, kayak mcm beraturkan, pastu jalan la atas tu. Tujuannya kot2 la sapa2 ada emergency nak buang air ke, nak masak ke...

Ihsan google

Habis je yang tu, aku dan Alya, saja pusing jauh sikit, sepatutnya kena balik ke tebing dah. Saja la akna alang-alang. Dah puaas kayuh, baluh ke tepi pulak. Hehe.

Ini memang pengalaman yang paling menyeronokkan. Walaupun ada yang ala2 nak demam, yang kena injction sebab alergik air 'teh susu' tu la. Nak buat macam mana pengalaman la katakan. Tapi apa2 pun best sangat lah.

Thanks kepada organizer. Adik2 junior. Kamsahamida. Syukran

Jadi kalo nak berkayak patut pakai lengkap macam ni. Tadi tk pakai pun life jaket, sebab air tu cetek atau kekurangan life jaket.
Ihsan google.


Wednesday, November 21, 2012

Selamatkan Gaza

Posted by Suria Hana at 2:47 PM 0 comments


Kala ini rata-rata medium pengantaraan pasti ada kisah mengenai saudara kita di Gaza.
Media massa, para blogger,facebook dan sebagainya bercerita tentang hal yang berlaku di Gaza.
Ambil lah sejenak masa untuk membaca atau mendengar kisah tersebut.
Kemudian tampilkan lah dengan panjatan doa untuk para Muslimin dan Muslimat di sana.
Berdoalah. Kerna itu senjata orang Mukmin.
Jangan pernah berasa kikir untuk berdoa.
Kerna Allah itu Maha Mendengar. Maha Penyayang.
Seluk lah poket andai ada baki wangi yang dapat di salurkan kepada mereka.
Andai punya peruntukan yang lebih derma lah kepada mereka.
Sesungguhnya itu juga suatu perjuangan.
Biarpun kaki tidak menjejak ke sana, harap ingatan menjejak ke sana.
Ingat lah keadaan mereka di sana senantiasa.
Bersiap siaga lah mungkin suatu hari kita anggota tubuh kita bersama-sama mereka memerangi Israel durjana.
Peringatan untuk diriku jua.





Monday, November 19, 2012

ASSALAMUALAIKUM

Posted by Suria Hana at 2:32 PM 0 comments

Hayatilah klip video ini. Bersama anak2 kecil yang comel ^_^

Ya ucapan salam itu sungguh indah tatkala di ucapakan
Tidak kira kepada yang kecil besar tua ataupun muda
Ucapan salam kepada saudara Muslim kita mampu membuat hati terpaut
Cuba  lah jika tidak percaya
Cuba pada yang tidak kenal
Pasti ada rasa seperti renjatan elektrik sesaat
Aku pernah merasai itu
Walaupun tidak mengenali pemberi salam tersebut (pastinya muslimah)
Aku tetap menjawab
Dan ada suatu perasan menyentuh sanubariku.
Indah sungguh ucapan salam
Menjadikan yang jauh  dekat di hati.
Hebatnya memberi salam
Dan wajib untuk kita menjawab salam



 

Kanvas Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea