Friday, December 21, 2012

Last class of my student's life

Posted by Suria Hana at 12:03 AM 0 comments

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya aku dapat lagi  bernafas hingga ke hari ini.

Hari ni Khamis bersamaan 20/12/2012. Hmm, orang kata nombor ni cantik. Sebenarnya tak perasan pun pada mulanya. Baiklah, sebenarnya bukan lah tujuan menulis entri pada kali ini untuk cerita tentang tarikh hari ni, tetapi hari ni merupakan hari terakhir aku pergi kelas untuk sekian kalinya. Wawawa. Selepas ni dah takde pegi kelas bagai dah. So sad. Sayu rasa. I don’t know but this sem hidup I agak gloomy. I live with gloomy face. Oh, is it syndrome before ending my years as a student in this university. I still can’t figure it out.
 
Baru tadi dah balik bilik baru aku perasan aku dah habis kelas. Aku ingt esok ada lagi kelas. I told my friend about this. She said that …..nt I tulis. Tk ingt plk..hihi

Oh, aku baru je balik dari kedai. Aku dah tak tahu nak buat apa dalam bilik sorang2. Kawan2 lain busy siapkan assignment masing2. Haruslah kan aku tk boleh kacau mereka. I don’t like people bother me during my busy time so others also don’t like it. Rite? I won’t disturb them.

Thinking of about balik kampong or not. Hmmm….dilemma. I think I should stay and wait for my lovely friend Eisha balik KL, so I can go to her house. Stay for a week and go for my final exam. Huhu. Hati terasa sayu. Sangat sayu. I just can’t cry yet. 

Wednesday, December 19, 2012

Hadiah Untuk Pengantin

Posted by Suria Hana at 12:09 AM 0 comments

Hye there! Well, sekarang bulan Disember maka pasti dan seperti wajib pulak akan ada banyak kad-kad kenduri singgah di peti surat rumah atau ke tangan kita bukan. Hmm. Jadi tentulah semua pun nak pergi makan free. Haha. Dah orang jemput kan maka kena pergi la melainkan ada perkara lain yang lebih penting. Aku pernah dengar orang cakap jika kita mendapat jemputan kenduri maka kita kena pergi. Wajib jika tiada aral melintang. Hmm. So,kalo dapa jemputan kenduri makan2 pergi la ea korang.

Okay lah, sebenarnya untuk entri kali ini aku nak bincangkan sikit pasal hadiah untuk orang kawin. Apa pendapat anda ye dalam memberi hadiah kepada mempelai? Baiklah, kalo pada hemat diri ini, aku suka beri sesuatu atau hadiah yang orang jarang bagi. ^_^. Pada aku usah risau la tentang harga tetapi keikhlasan diri untuk memberi tu lebih penting. Lagi satu self-satisfaction tu yang penting, so kalo dah berkenan dan puas hati dengan hadiah yang nak di beri terus grab and bayar je la kan. hehe.


Ini antara checklist hadiah yang sesuai diberikan kepada mempelai:

  1. *Barangan plastik yg warna-warni (penapis sayur, besin, segala peralatan untuk masak.hehe)
  2. Set pinggan mangkuk
  3. Set cawan dan teko
  4. *Set pisau dapur
  5. *Set cadar
  6. *Telekung & sejadah
  7. *Sofa jari
  8. *Tong gas
  9. Blender
  10. Mixer
  11. Kettle
  12. *Tupperware
  13. *Gambar
  14. Barang perhiasan
Any suggestion? Yang tanda bintang tu yang paling i suka. Hehe.

XOXO Bye

Sunday, December 16, 2012

Kawan Kawin

Posted by Suria Hana at 8:34 PM 0 comments
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ILAHI. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Dengan Kasih dan SayangNYA dapat lah kedua orang rakan ku ini mengikat tali kasih mereka.
Barakallah buat kedua teman rapat ku Puan Azlina dan En. Fadhil.

Resepsi belah perempuan telah berlangsung pada 15 Dis. Baru je kelmarin. Antara kami ber7, Ina a.k.a Pn Ina la sekarangkan telah menamatkan zaman bujangnya. Happy sangat semalam. Meriah sungguh kenduri belah Ina ni. Cuma...cuma...aku tidak berkesempatan nak makan nasi minyak..Huhu. Bukan apa, sebelum pi kenduri Ina,  I dan Azma pegi kenduri bos Azma dulu. Konon kenyang la kan. Aduh, tk mau makan awal2. Sekali balik lepas solat Zohor catering dah kemas okey. Perut dah start lapar...tahan je. Segan nak cakap kata tak makan lagi. Tunggu sampai Asar. Lepas tu nak gerak pegi photoshot dekat luar. Dekat taman Tasik Perdana kot...kalo i tak silap la.

Sebelum gerak tu, tiba2 Mahfuz bawakan karipap. Oh My God...Oh My God. Allah Maha Mendengar. Orang lapar di sogokkan karipap. Jalan. Lega sikit dapat juga isi perut kosong. oh, btw Mahfuz tu teman si Azma. ^_^

Ok, perjalanan dari Pandan Jaya ke taman tasik tu amik masa juga la. Meredah jam. Aduh, i tak tau kenapa kelmarin I kena hadapi jam. Banyak sungguh jam. Selesai photoshoot kat taman tasik, kitorg gerak ke masjid Negara nak solat Maghrib. People, i suggest u oll tolong bawa roti ke ban ke dalam kereta ea. Bukan apa time jam boleh juga makan2. Dah la time tu i lapar giler okey. En. Mahfuz kita bawa jalan luar utk ke Masjid Negara. Memang sekali lagi kena berhadapan dengan jam. Kalo jam strawberry ke coklat ke okay juga. Huhu. sabar je la. Setengah jam juga la dok bersesak di atas jalan raya tu. at last sampai masjid and terus gi solat semua. Sekali solat Isya'. Sebab sampai pun memang nak dekat Isya' dah.

Pastu kitorg, dalam 2 biji kereta la gerak ke Kampung Baru untuk dinner. kereta pengantin tak ikut, diorg terus balik lepas photoshoot. Hmmm...tak kan pengantin nak pi makan dengan dress bagai kan. So ada kitorg bertujuh je. Ida, Abe Yu (en. tunang Ida), Mahfuz, Piah, Zati, Azma, and i la kan. Mana nak campak i. Pesan la makan hidang. Tu pun kejap itu ini salah. Tapi last kali dapat mkn. Alhamdulillah.

Sebenarnya I tak rasa macam mknn masuk perut I, yang I rasa ada angin je. I pon makan sikit je nasi. yang len ratah. Yang lain2 tak nak habiskan. So i n Cik Piah la habiskan. Sekali lagi rezeki Allah bagi, Abe Yu belanja. Psstt....Abe Yu semoga Allah memberkatimu serta memurahkan rezeki ke atas mu lagi.

Btw, this coming Saturday reception kat umah Si Jack a.k.a En. Fadhil. So i ikut Azma je, if dia pegi i pegi. Dan jika i pegi kenduri Sabtu ni, I akan pastikan I makan nasi kenduri. Rugila tak makan nasi kenduri time pegi kenduri kawin kan.  Next year, ada lagi yang bakal menyusul. Semoga dipermudahkan segala urusan u olls.

Okay la layan la dulu gambar hari akad nikah ni. Ada pun satu ni je, sebb yang lain ada kat photographer la kan.



XOXO
Bye


 

Kanvas Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea