Sunday, December 1, 2013

Belum Berkahwin? Jangan Runsing.

Posted by Suria Hana at 2:20 PM 0 comments
Hasil perkongsian dari seoran teman:

Kepada yg masih belum berkhwin, masih belum bertemu jodoh..jangan bersedih.. Allah memberikan peluang dan masa utk kita berusaha mencari dan memantapkan pengetahuan agama, memantapkan lagi ilmu dlm menghadapi perbezaan pendapat,ilmu berlapang dada, memantapkan skill, memantapkan lagi pengurusan emosi, memperbanyakkan lagi pengalaman hidup, mungkin juga Allah berikan peluang pada kita utk stabilkan juga kewangan..juga Allah berikan masa kepada kita utk lebih mematangkan diri dgn kehidupan.

Apa yg Allah berikan dan tetapkan dlm hidup kita semunya baik.

p/s:sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mengadu kepada ILAHI

Friday, October 18, 2013

Nasihat : Saling Melengkapi

Posted by Suria Hana at 10:10 AM 0 comments



Dipetik dari Hilal Asyraf (Official)

Kadang memang suami rasa dia buat kerja lebih banyak daripada isteri, dan begitu juga isteri merasakan dia buat kerja lebih banyak daripada suami.

Mereka akan membanding-banding, siapa yang lebih banyak berpenat lelah, dan siapa yang lebih banyak membawa 'hasil' kepada kesejahteraan rumahtangga.

Saya dan isteri pun kadang-kadang termasuk juga sembang-sembang sedemikian.

Tetapi ayat yang kami belajar di Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI) dahulu - saya dan isteri sekolah menengah sama - sering menjadi penutup perbicaraan kami.

"Takmil wa istikmal - saling lengkap melengkapi." Ayat itu akan keluar. Dan kami akan tersengih, ketawa bersama kemudian.

Isteri ada lapangannya, suami ada lapangannya.
Suami ada kelemehannya, isteri ada kekurangannya.
Masing-masing saling memerlukan.
Ikatnya cinta,
matlamatnya syurga.

Kena sedar benda ini,
dan itu antara kunci kesejahteraan rumahtangga.



p/s: sebagai peringatan utk diriku pada masa hadapan. jadi bila kita mengamalkan 'saling melengkapi' ni tiada la yang berkecil hati atau tersinggung dalam alam rumah tangga.

Madah 1

Posted by Suria Hana at 10:06 AM 0 comments
Lelaki kan?

Tak boleh tengok perempuan cantik. Apalagi bila takda kekasih, punya laju dia hulur hati.

“I love you”

Murah harga cinta untuk lelaki hanya kerana perempuan itu tak ada siapa. Sebagai tanda, perempuan itu dicop: AKU PUNYA.

Kalau perempuan itu dah ada kekasih;

” I miss you”

Ungkap rindu sekadar teman, tapi niat lain kalau-kalau boleh buat skandal.

Capai telefon bimbit,
text perempuan;

“hai sayang. You tengah buat apa?”

Tak ada ikatan. Panggil orang sayang-sayang. Ludah untuk kata ‘I miss you’ tinggi-tinggi , bila rasa tak suka: DIAMKAN DIRI.

“Sayang, sayang, sayang”
“I miss you, I miss you, I miss you”

Takpa difikir, sebenarnya kita sudah tak hormat dia. Atau, cuba fikir seluasnya pada diri sendiri bahwa sebenarnya adalah murah harganya beri hati pada manusia.

Kalau si perempuan itu ada kekasih, cakap;

“eh, I just nak kawan dengan you”

Kemudian bila perempuan itu ada krisis dalam relationship dengan bf nya lelaki ini cakap;

“no matter what, I’m with you..”

--BSA



p/s: td buka FB BSA, terbaca madah ni. tergerak hati utk berkongsi. ini sepenuhnya karya BSA sy cuma kongsi. tp betulkan madah ni. perempuan pun sama jg.


sumber

Monday, October 7, 2013

Cuba Teka by Tasha Manshahar &Syed Shamim

Posted by Suria Hana at 11:14 AM 0 comments

Zumba

Posted by Suria Hana at 10:11 AM 0 comments
Wehuu..hehe.  mari ber Zumba.


Zumba apa tu?

Zumba merupakan program tarian kecergasan yang telah diasaskan oleh penari dan koreografer Columbia; Alberto 'Beto' Perez pada tahun 1990 an.  Secara asasnya Zumba ni merangkumi  element tarian dan aerobik. Koreografi Zumba ni mencakupi tarian hip-hop, samba, salsa, merengue, mambo dan seni mempertahankan diri (martial art). 

Mula2 kawan cek la, Cik Chatol dok ajak berzumba bagai. Haha. Masa tu plak den tak tau nak buat sendiri, yela memang la mcm senang je amik je mana2 jenis muzik pun kan pastu menari la. Cek bukan org macam tu, mesti ada guideline semua baru aci guna pakai. Hee.

Jadi, last week jalan2 pi Central Square tu, lama jg la tk jejak kaki kt sana. langkah kaki di hayun lalu masuk la ke kedai Speedy Video. Jalan2 dalam tu jumpa bahagian rak Sport and Fitness kot kalo tak silap. Dan2 tu la nampak DVD Zumba ni. DVD nya banyak set; basiic, activate, exhilarate, and full. So, cek pun beli yang activate tu, sebb masa tarian nye cuma 45 minit..so oke la kan. Tak la lama sangat. Tapi bila dh balik try kt umah, 45 minit tu takde apa. Memang syok la, enjoy sungguh. hehe.

Dengan berZumba ni harap ada harapan nak kurus la. Hehe.


p/s: Jom la berZumba. wehuuu

Resepi: Tom Yam Ayam

Posted by Suria Hana at 9:13 AM 0 comments
Assalamualaikum. Hye there!.

Hari ni saya masak tomyam ayam untuk makan tengah hari. Jadi rasa macam nak share sikit la resepi ni dengan korang. Masak tomyam ni senang saja. ^_^

Ini bahan-bahannya:



 Ayam (potong kecil-kecil)
 Lobak merah
 Bunga Kobis
Tomato
Bawang (satu labu je)
 2 sb Paste tomyam

(sukatan ikut kesukaan anda,kalo suka sayur banyak letak lebih)

Cara-cara:

1. Mula-mula sediakan periuk kemudian panaskan periuk serta masukkan paste tomyam. kemudian terus masukkan air. Sukatan air tu agak2 ye.
2. Kemudian masukkan lobak merah. Sebab lobak merah ni lambat empuk sikit jd kita masukkan lobak merah dulu.
3. Apabila kuah dah mendidih masukkan ayam. Bila ayam dah agak2 nak empuk tu masukkan bunga kobis. Biar mendidih sekejap lg kemudian masukkan tomato dan bawang yg telah di potong 4 tadi.
4. Jangan lupa letak garam sikit. Kacau2 sikit, cukup rasa semua padamkan api. Jangan biarla nanti sayur lecur, ayam terlebih masak.

*SELAMAT MENCUBA*

Thursday, October 3, 2013

Lagi 3 Minggu

Posted by Suria Hana at 10:54 AM 0 comments
Hye...Assalamualaikum. Apa khabar?

Nampaknya lagi 3 minggu mama dan abah nak balik dari menunaikan ibadah haji. Semoga mereka memperolehi haji yang mabrur.
Dan selama peninggalan mereka ke Tanah Suci Mekah aku menjadi baby sitter. Hmm, jaga siapa lagi kalau bukan sepupu2 kesayangan. Hari-hari mengemas rumah, masak, bebel-bebel sikit...haha. Tapi yang tak berubah nye aku ni...ahaha...tak juga kurus-kurus. Kunun2 akan kurus la bila buat house chores semua kan. Haha. Mimpi la tu cik farah. Kalo tak excercise..muahaha.

Tapi apa yang aku suka bila tengok sepupu2 aku ni makan dengan berselera. Hehe. satu kepuasan di situ.

Pernah aku masak nasi lemak, kakak (sepupu kecik tp panggil kakak) komplen

' Long awat nasi ni tak lemak sangat. Tak mcm mak buat'

Aha...mn cek tau cek dah ty mama cek boh santan byk  mn, tu la korg mkn nasi byk sgt terpaksa la kaklong hampa ni masak nasi byk, tu la kot nasi tk lemak sgt. Tapi tkpe la kan tk lemak sgt kan...hehe.

Tu baru pasal nasi lemak. Hari lain aku masak nasi tomato dgn ayama masak merah. Kali ni ayam masak merah tgk buku, sbb tk ingt sgt bahan2. Pastu ada satu resepi ni letak susu cair sikit...haha. Dalal tu tulis 175ml, haha tp dekat tin tu tulis 400gm. Aiseh, mana sama ukurannya. maka aku buat pala tau sendiri la, tuang semua...tengok2 kuah dah jadi macam ayam masak lemak. Adoi. redah je lah.

Kali ni faris pulak komplen.
Gaya mula2; buka tudung, ceduk kuah then cium. (Ait..basi ke apa..ty dlm hati).

'Awat bang cik?'

'Long ni ayam masak apa? '

'Ayam masak merah la, tp terlebih susu'

'Abang cik tak mkn ni'

'Try la'

'Takmau'

Last2 dia mkn aym goreng dgn kicap bersama nasi tomato. macam tu la sepupu2 aku yg laki ni, makan apa pun nak kicap je, sbb tu kicap kat umh cepat abis.

Okelah pen-off dlu, nak pi masak pulak.
Hari ni masak ikan merah masak lemak cili padi, sayur kacang bendi. Ada masa i upload na...


XOXO

Tuesday, August 27, 2013

Syukur atas rahmatNya

Posted by Suria Hana at 12:08 PM 0 comments
Alhamdulillah. Segala urusan berkaitan clearance telah selesai kelmari. Hanya sempat bersarapan n lunch dgn roti cheese n mackerel. Alhamdulillah. Bersarapan dgn menu tersebut membuat aku mengimbau kenangan belajar di Taman Budi dan Ilmu. Dulu masa 1st yr lepas kelas Bhs Arab pasti akan singgah di cafe econs utk mengalas perut. Di tambah brsm rakan seperjuangan. Segalanya colorfull lah kata omputih.hihi.
Well,sbb dh hbs studt terpaksa la skoting bilik kawan. Tenkiu na cik Faie. Hihi. Ingt lepas clearance blh dpt full transcript,tgk2 kena tunggu senate endorse plk. Diorg meeting ujung bln ni. Hmmm. Tp aku nk blik dah kot lepas jumpa kwn2. Mgkn lecturers jg. Tgk la mcm mn.
Oh,lg satu semlm aku dh jd aunty. Sbb apa? Sbb kwn baik sy sudah selamat melahirkan chy mata pertama beliau. Percaya tak, i yg excited kebih.syok sgt dpt baby. Tk sbr nk blik n peluk cium baby tu. Nt i upload gmbr baby,umi baby n aunties yg paling penting.kiki.



Ok lah. Assalamualaikum.
XOXO

Friday, August 16, 2013

Kau PelitaKu HD (UnOFFICIAL Clip)

Posted by Suria Hana at 5:37 PM 0 comments

Saturday, June 15, 2013

(1) Alhamdulillah

Posted by Suria Hana at 10:01 PM 0 comments
Alhamdulillah.

Sungguh aku bersyukur ke hadrat Ilahi, segala penat lelah, stress, sakit kepala, migrain semua aku berjaya siapkan intern. Alhamdulillah. Lapang sikit hati ni rasa.

Tinggal satu lagi tugasan utk di siapkan. Semoga dipermudahkan juga.

Insya Allah.

^_^

Wednesday, June 12, 2013

MAHU

Posted by Suria Hana at 5:56 PM 0 comments
mahu update macam2
tp masa belum mengizinkan
hanya termampu menulis ini
semoga hati ini terubat

p/s: pegi mana2 semua org asyik baca Sebenarnya Saya Isteri Dia. I dh habis bc sblm cerita tu keluar di tv. dan tk pernah terlintas akan di tayangkan di kaca tv. hehe

Monday, June 3, 2013

Hati Ini by Tasha Manshahar

Posted by Suria Hana at 10:09 AM 0 comments

I suka lagu ni versi original
Versi Tasha pun i suka
Versi Tasha baru sama dgn i
hehe

p/s: kerana kau satu-satunya HERO yang ku CINTA


Wednesday, May 29, 2013

"Heart Attack" - Demi Lovato (Sam Tsui & Chrissy Costanza of ATC)

Posted by Suria Hana at 8:02 PM 0 comments



Versi ini tidak sebingit versi original
enjoy sambil siapkan assignment
tapi tk dapat nk download lagi.
huhu

Friday, May 24, 2013

They don't know about Us.

Posted by Suria Hana at 2:49 PM 0 comments




They don't know about I love you
They don't know about who you are
You are always in my heart
Since the first time I saw you
They don't know about I've waited all my life
Baby, they don't know about us.

Saturday, May 18, 2013

Hari Guru 2013

Posted by Suria Hana at 10:22 PM 2 comments


Saya juga di temuramah dalam video ni. Sikit je. Tengok la samapai habis baru jumpa. saya.

XOXO
Bye

Monday, May 13, 2013

Mengirim poskad

Posted by Suria Hana at 9:49 PM 5 comments




Ini merupakan pengalaman pertama menghantar poskad kepada rakan di luar negara. Hari ni lepas habis sekolah singgah Pejabat Pos beli setem.
Untuk pos poskad ke luar negara hanya  memerlukan setem bernilai RM0.50 shj.
Murah kan?
Lepas dah letak setem maka poskad tu di masukkan ke dalam peti surat ' Tempat Lain-lain'.
Semoga poskad cepat sampai.
Tak sabar nak tunggu respon dari sebelah sana.

Oh, hari ni juga dikeluarkan Sampul Surat Hari Pertama berkenaan hutan kot tak silap. 
Nanti dah dapat balik dompet boleh la beli satu. hehe. 

kalau berminat nak join postcrossing ni boleh la visit www.postcrossing.com

XOXO
Bye

TIBA-TIBA CINTA DATANG- MANDY AYUNDI

Posted by Suria Hana at 9:34 PM 0 comments


Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Saat ku mulai mencari cinta
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Ku harap dia rasakan yang sama



Di sesuatu saat ku melihat dia
Ada getaran membuatku rindu
Senang hatiku saat ku dengar suaranya
Ingin selalu ada di dekatnya

Saat ku sendiri ku bayangkan dia
Datang padaku dengan cinta
Di keramaian ku merasa sepi
Saat tak ada dirinya

Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Saat ku mulai mencari cinta
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Ku harap dia rasakan yang sama

Di sesuatu saat ku melihat dia
Ada getaran membuatku rindu
Senang hatiku saat ku dengar suaranya
Ingin selalu ada di dekatnya

Saat ku sendiri ku bayangkan dia
Datang padaku dengan cinta
Di keramaian ku merasa sepi
Saat tak ada dirinya

Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Saat ku mulai mencari cinta
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Ku harap dia rasakan yang sama

Ku harap dia rasakan yang sama
Ku harap cinta akan tiba 

Tiba-tiba cinta datang padaku
Saat ku mulai mencari cinta
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Ku harap dia rasakan yang sama

Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Saat ku mulai mencari cinta
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Ku harap dia rasakan yang sama
Ku harap dia rasakan yang sama (ku harap dia)
Ku harap dia rasakan yang sama
Ku harap dia rasakan, rasakan yang sama

*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net

Saturday, May 11, 2013

When i was your man

Posted by Suria Hana at 9:53 AM 0 comments

Thursday, May 9, 2013

I love you

Posted by Suria Hana at 10:13 PM 0 comments


I will always love you
Just you
^_6

Song: I Love You
By: Avril Lavigne

Thursday, May 2, 2013

Sweet Moment: PBAKL 2013

Posted by Suria Hana at 8:12 PM 1 comments

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap semua sihat. Saya kat sini demam. Kifarah dosa mungkin. Semoga Allah mengampuni segala dosaku.

Baiklah, kelmarin  1 Mei merupakan Hari Cuti Pekerja. Maka saya pun cuti. Dikesempatan yang ada itu saya bersama seorang rakan dan pelajar pergilah melawat PBAKL. Bukan melawat je, membeli sekali la. Hehe. Wajib dah habis RM200 baucer buku yang tinggal di tangan.

Nak ceritanya keluar awal, pukul 10 dh keluar. Isi minyak, amik para penumpang semua - sampai la dekat simpang kiri ke PWTC pukul 10.30 pg. Tapi nak dijadikan cerita, jam masya Allah. Panjang dan lama kot. Kira2 jam 11.30 baru la keretaku di parkir di Parkir Hentian Putra. Alhamdulillah, masih ada ruang letak kereta yang kosong. Maka kami pun berjalan menuju ke gerai2 yang ingin kami beli buku.

Berpeluh-peluh bersesak nak masuk. Tambah lagi cari gerai Jemari Seni. Sampai kt sana pun sesak. Semu pun nak dapat kan Novel Anthem by Hlovate tu. Huwa. Femes betul penulis tu kan. Sekali keluar booomm terus. Memang legend la. Dan saya pun membeli 2 buah novel tersebut. Eh..eh, bukan tamak tapi untuk Cik Nurol nadiah tersayang. Udah berjanji mahu beli sebagai hadiah. hehe.

Pastu pegi jalan kat gerai PTS, beli la SEBELUM AKU BERNIKAH. Ewah, besar plak kan. Saja, nk cakap buku ni utk preparation sebelum bernikah. ehe. Pastu dah nk gerak ke JS ADIWARNA ternampak abang Szalies, so apa lagi koyak plastik mintak sign sekali bergambar,ehe. Macam kat bawah ni.

segakkan Inche Szalies. :)


Lepas tu gerak ke JS Adiwarna. kat sini grab novel karya terbaru Imaen dan Noor Suraya- Cintaku Luruh di Oxford. Huwa. Best. Berbaloi wpun penat segalanya. pastu dapat lagi otograf serta bergambar dgn mereka berdua. Heaven.

Yang lagi syoknya, kak Su ty tempat belajar dan kpg. Apa lagi cek yang memang anak jati Kedah ni memang la bercakap dalam loghat sendiri kan. Hehe. Kak Su se-kawasan dengan saya. Parlimen Sg. Petani...eh..eh...entah ada ke takde kan parlimen tu. Tapi yang pasti Sg Petani tetap di hati. Kitorg sekampung kecuali Inche Imaen, beliau anak jati Kelate. Hehe.

Sila jeles dengan m elihat gambar di bawah. ^_^


Tengok tu comel ja Imaen dgn lesung pipi nya. 

Senarai buku nantilah i update lagi. Tapi kira berabis tiga ratus juga la utk PBAKL kali ni.



wassalam
XOX




Thursday, April 25, 2013

Postcard

Posted by Suria Hana at 10:45 PM 1 comments
Hye, apa khabar? Semoga sentiasa di bawah lembayung Ilahi. ^_^

Beberapa hari ni i bersembang dengan my best friend since school pasal postcard. Puncanya Cik Madi ni beliau telah melakukan research di internet dan terjumpa lah satu laman web ni. Dan laman web tersebut www.postcrossing.com. Ha, kepada para pembaca yang nak cuba menghantar poskad ke negara lain boleh la mendaftar di laman web tadi.

Oh, saya dah pun mendaftar.

Menurut Cik Madi, usaha mencari poskad di tempat kami yakni Sg. Petani adalah sangat terhad. Atau lebih tepat susah mendapatkan sekeping poskad. Lalu terdetik di  minda kreatif ku untuk bersama-sama Cik Madi untuk membuat poskad sendiri lalu menjual poskad tersebut. Haha. Serius. Ini perkara yang amat serius jika kita sukar mendapatkan sekeping poskad. Sebabnya poskad senang dan cantik. Ada gambar tempat kita berhenti dan kita boleh tulis secara ringkas tentang diri kita pada poskad tersebut. Hehe.

Jadi, nanti aku dah free aku akan sit together ngan Cik Madi untuk brainstrom design poskad dan teruskan impian kami menjual poskad. Cewah.

p/s: I LOVE CRAFT.  Mujur ada Cik Madi bersama berjuang. HIDUP KRAFT!

oklah
XOXO

Monday, April 22, 2013

Minggu Anti Dadah

Posted by Suria Hana at 10:22 PM 1 comments
22 April 2013

Wah, this is awesome. Apa yg i buat dengan budak2 selama seminggu menjadi. Sungguh seronok. Sebabnya pentomin i menjadi. Hihi. Mungkin ada sesetengah pelajar rasa tk seronok sebab para pelakon tak cakap, tapi namakan pentomin maka pelakon tk bercakap. Hihi. Sebenarnya pentomin i ala2 berlakon. Hihi

So, hari tunggu kat sekolah sampai petang. Sebabnya petang pun budak2 pentomin i buat persembahan untuk pelajar sesi petang. Cuma petang tak heavan macam pagi. Budak2 form 1, form 2 slow sikit kot nk faham. Tapi my children aka students did well. Proud of them. Later i will upload their faces. I love them so much. They are so adorable.


Tadaaa,,,

Sunday, April 21, 2013

Carilah hatimu

Posted by Suria Hana at 9:53 PM 1 comments
Pesanan Imam Ghazali:


Nostalgia: Hari Anugerah Cemerlang

Posted by Suria Hana at 3:18 PM 2 comments
Hye, apa khabar? Harap sihat ye korang.

Kelmarin sek tempat i praktikal menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang. Wah, bestny. (ini perasaan mula2). Konon. Tapi sebenarnya malas pun nakpergi. haha. Sebabnya tugas i dah habis. Persediaan dewan. Pasal persediaan dewan i tak nak cerita sebab sakit hati.

Kenapa nostalgia? Cuba bayangkan dah berapa lama kita tinggal alam persekolahan, i mean as a student la not as a teacher. Wah, heaven kan jadi pelajar. Kelmarin acara mula dengan persembahan nasyid. Teringat kenangan di SMKAY. Wah, kali ni i berani sebut nama sek i. Sebab i memang rindu sangat2 moment di sana.

Masa nasyid tu, mata i macam masuk pasir jap. Eh, sek i bukan tepi pantai pun. Hehe. Tapi debu2 cinta kena mata i. He.

Antara perkara-perkara yang i rindu kat SMKAY adalah:


  1. Solat berjemaah
  2. Puasa dan berbuka berjemaah
  3. Mengaji (bila tengok orang lain mengaji kita pun nk pulun habis khatam jg)
  4. Tazkirah
  5. Moment dlm surau(usha pentazkirah, usha sapa imam)
  6. Dorm( lepak, share cerita)
  7. Sawah padi (sekolah i tengah bendang, ok)
  8. Mandi kolah sesama
  9. Basuh baju kat kolah sesama
  10. Sesama simpan air bila air takde kat asrama
  11. Jamuan birthday dan akhir tahun
  12. Bila pertandingan keceriaan asrama dan kelas
  13. Hari terbuka asrama (time ni la boleh pi tgk bilik crush.hehe)
  14. Bila amik hadiah kat pentas
  15. Bila buat persembahan
Seronok betul bila fikir masa sekolah tengah bendang tu. walaupun menatang wahid tu selalu mai ketit (gigit). Tapi takpa, janji boleh jumpa kawan2. Miss u all damn much. 

Sekarang masing2 dah berkerjaya, sambung pelajaran kat oversea, sambung master, phd semua. Dan org UK tetap di hati. ceewaah. Mati kalo kawan i cik Madi baca. Jangan ketawa tau.

Friday, April 19, 2013

Perasaan

Posted by Suria Hana at 11:56 PM 2 comments
sedih.
student kena buang sekolah.
nak buat mcm mn dah, dia yg taknak dgr.
 tp mmg sedih. sebab dah sayang.

Tuesday, April 16, 2013

Bila Jatuh Cinta

Posted by Suria Hana at 10:25 PM 2 comments

Thursday, April 11, 2013

Cerita semalam

Posted by Suria Hana at 12:07 AM 2 comments
This is fun. Semalam aku dan roomate masuk pertandingan menyanyi. Saja seronok2. Konon final year kan. so, tak kesah la. Hehe. As usual la, aku akan menyanyi lagu Menciantaimu.Lagu yang di popularkan oleh Kris Dayanti. My favorite song ni. My roomate nyanyi lagu Hero by Mariah Carey. Kami bukan prepare apa pon sangat. Harap nyanyi kat bilik ja dan kadang2 pegi karoke. Girls only okay.

Dan pertandingan yang di jalankan semalam adalah girls only maka kami join la. Hehe. Mak aih ketaq tok sah kata la. Tangan gigil2. Tapi mesti la audiences tak nampakkan. Cuma nya suara i akan jadi lain la bila ketaq ni. Suara i yang manja2 lemak merdu ni akan jadi suara macam jantan pula. Haha. Bukan la jantan sangat tapi macam keras sikit la. Sebab dok tahan tak mau bagi dengar suara ketaq.

Tapi pun sound tak bagus malam tu. I dengar suara i balik masa dok nyanyi tu pun nk gelak dah. Memang renyih a.k.a senyum ja atas pentas tu. Apa boleh buat. Haha. Tp serius enjoy la. Sebab memang itu niat utama. Bukan nak menang pun. Tak kesah bab menang tu cuma nak feel masuk pertandingan menyanyi.

I cakap kat my  mom semalam before bertanding. Ok. Tadi call my mom, my mom kata mcm mn pertandingan nasyid. hehe. Mama cek tak masuk pertandingan nasyid pon, masuk pertandingan nyanyi girls only. Ooo, takpa la. Tu jawapan mama i. Hehe.Sebenarnya mama i tk bg sgt pon, tp sbb girls saja dia bg. Karoke tu pun dia tk bagi tp bukan melarang terus. Mama kata nanti habis duit, kan mahal. Hehe. Takpa cek cari yg murah. Nanti kalo dok rumah jauh pada org boleh beli set karoke sendiri, dak pun buat bilik kedap bunyi so tak yah nk habis duit sangat. Lagi pun boleh merapatkan hubungan dgn family. Ini i wish la. He.

Ha, lagi satu, kami berdua selepas pertandingan tu lawan dok gelak tengok video nyanyian sendiri. I nyanyi sumbang giler. Haha.Tapi suara roomate i sedap. I memang suka sora dia. Hehe. Cik Fatin Hasanah comey. Dan terima kasih kepada rakan2 yang hadir. Masa sebut nama atas pentas gelabah sampai lupa sebut kawan sekelas, tp i ingt korg k.

XOXO
Assalamualaikum

Wednesday, April 10, 2013

Hujan Air Mata

Posted by Suria Hana at 11:50 PM 1 comments
Hujan di hati
Ternampakkan di mata
Saat hujan nan lebat di luar jendela
Luluh hati ini
Mengapa 

Soalan demi soalan 
Aku lontarkan sendirian 
Tanpa sahutan jawapan

Sendirian 
Bertafakur
Berfikir
Hanya memohon 
DIA dia atas sana
Menguatkan hati ku


p/s: Ujian semasa intern ni sangat besar. Sampai nak tidor pun masih menegenangkan students. 

Monday, March 18, 2013

Supervision ke-2

Posted by Suria Hana at 4:13 PM 0 comments
Alhamdulillah, supervision pada hr ni berjalan dgn lancar. Walaupun semalam konon kalut buat site profile dgn need assessment. Tapi at least dah siap kan benda tu. Senang j apun, tapai kalau bertangguh memang la maha dasyat nak buat nye nanti. Dan aku tak nak ulangi kerja gi-la aku sem yg lalu, Semua last minute, memang berjaga malam sampai gelong. Oh, No! Sangat la tak bagus untuk kesihatan.

Orang jual minyak wangi kita pun kena tempias wangi, orang buat besi kita pun dapat juga bau besi dgn api-api dia. He. Saja tukar sikit dari yg asal, tapi boleh faham kan. So, i think i get the perfume la. Hehe.

So, berbalik kisah supervision. hari ni kita buat mock counseling session. Kak Naimah partner dgn Nabila manakala Najib partner ngan Kak Ziha. Daripada situ aku belajar la cara org lain kendali kan sesi. Dan lecturer pun bagi tunjuk ajar, dan tip-tip yg bermacam. Thank ya my lectures. Kadang tu segan nak tanya kat diorg. Konon takut nampak bodoh, padahal bila tanya kan tak sesay jalan..

So apa2 pun kena tanya la. Bukan i tak tanya langsung. Mula2 i akan tanya kawan2 i dulu then agak2 takboleh baru tanya lecturer. At least ada kan. Itu yg i selalu pesan pada students i. Jgn blame cikgu, cikgu nak ajar ramai murid. Tapi murid kalo pegi sorang2 tanya cikgu mesti cikgu jawab. Budak2 zaman sekarang ni cikgu satu sekolah pun tak tau nama. Sungguh la diorg tak mengajar kita tapi, pelajar patut tahu nama guru di sekolah waima tukang kebun punpatut pelajar kena tahu or kenal or bagi salam.

XOXO

Take care
Bye

Sunday, March 10, 2013

Kawan Kahwin

Posted by Suria Hana at 5:23 PM 0 comments
Alhamdulillah. kelmarin seorang lagi sahabat a.k.a my kakak n my exroomate telah melangkah setapak ke hadapan. Beliau telah selamat melangsungkn perkahwinan denga pilihan hatinya. Barakallah. Aku mendoakan kebahagiaan mereka di dunia serta akhirat. Insya Allah.





TAHNIAH 
^_^

Tahun ke 25

Posted by Suria Hana at 1:37 PM 0 comments
Alhamdulillah,

Bersyukur ke hadrat Ilahii dengan limpah dan kurnianya masih lagi diri ini dapat bernafas serta melihat keindahan alam ciptaan Allah ini.

Kini aku telah menginjak umur 25 tahun. Wah, dah lama rupanya hidup. Tapi belum cukup lama untuk aku menilai kebaikan yang pernah aku lakukan. Aku rasa masih belum cukup sebagai bekalan menuju akhirat. Dan semoga setiap nafas yang Allah telha kurniakn ini aku gunakan sebaik nya. Dengan aktiviti2 yg berfaedah lagi di berkati.

^_^. Kawan2 dan ahli keluarga yang mendoakan saya terima kasih. Dan yg paling2 ramai juga mendoakan jodoh saya. Semoga termakbul la doa kalian serta doa sendiri. Hi. Insya Allah , nampaknya kena mula cari calon tahun ni dan tahun dah boleh kot mengakhiri zaman bujang. Hi. Kita cuma merancang, sesunggunya Allah la sebaik-baik perancang.





Friday, March 1, 2013

Lirik Lagu: Inteam; Redha

Posted by Suria Hana at 4:56 PM 1 comments

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang-ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah menerus kehidupan
Ku mengenal makna dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiri ku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli
Allah Maha mengetahui yang ada di hati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia terima
Yang tertulis dalam kehendak Nya

p/s:

pertama kali dgr lagu ni di blog seorg sahabat. Masya Allah, touching je rasa masa dgr lagu. jadi diri ni terpanggil utk berkongsi dgn rakan2 pembaca. Semoga bait2 kata yg terkandung di dalam lirik ini bisa memberi pengisian di dalam jiwa. Wallahualam. 
^_^

Tuesday, February 26, 2013

Alhamdulillah.

Posted by Suria Hana at 10:25 PM 0 comments
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya aku masih di beri kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.

Tadi lepas dah tulis kedatangan aku ikut la Kak S, Kak N, En B dan En S pi keluar sekolah. Sebabnya nak pi tengok sekolah yg menang pertandingan PPDa tu. Sekolah ni juara kebangsaan. So nk pi tgk la tara mana depa punya 'awesome' tu sampai menangkan. Bila tengok semua rasa memang patut la depa menang. Tapi ada la certain part yg aku tk berkenan. Tapi takpe la biar ku simpan sendiri , ewah.

Ok. usai balik dari sana dalam perjalanan nk balik, maka terjadi lah kejadian ni. Emmm. Perkara nak jadi. Bila Allah dah kata 'Kunfayakun' maka jadilah kejadian tersebut.
Ceritanya, kereta yang aku, Kak S dan Kak N naik telah di gesel oleh sang treler yg panjang. Treler ni mmg panjang la, sebabnya dia treler yg bawa kereta untuk di jual tu. Hmm, macam ni lah rupanya kereta kitorg yg kene langgar tu. Sebenarnya macam sagat je tapi mmg la treler lawan kete...faham2 jela.

Tapi memang sgt bersyukur tak jadi apa2 pada kami ber3. Kalo tak jenuh bersoal jawab la.  Maka selepas kejadian tersebut, ku mcm ala2 fobia tau nk bw keta bila ada lori besar2 kt tepi2. memang la selama ni pun ketaq ja bw tepi depa, tp la ni lg rasa nk berhati-hati.

Untuk korg yg membaca entri ni. Please bawa kereta dengan berhati-hati. Jangan ikut darah muda sangat. Lawan dengan treler or lori besar2 memang susah menang. Ikut jauh dari diorg takpe.

Pandu Cermat Jiwa Selamat

koleksi peribadi 




j

Saturday, February 16, 2013

Wajah Baru

Posted by Suria Hana at 10:05 PM 0 comments
Tadaaaa, i managed juga buat header untuk blog ni. hehe. Harap2 cantik dan kekal lama la kan. Hihi. Kadang2 tak puas hati nak je ganti baru selalu. Tapi masa tak mengizinkan. Kiki.

Mula2 tu dok cari background yg cun melecun la, comey2 la. Last2 pakai yg sedia ada kat blogger template tu kan.Pastu tgk header org lain chantek terasa nak menchantek kan yg sendiri punya. Usaha lagi kelebet. Reka sana sini., alhamdulillah jadi juga. Pendek kata puas hati lah. Hehe.

Semoga dengan wajah baru ni akan rajin kot nak update. ehehe. At least seminggu sekali kan. Bukan pe sibuk pi sek. Ha, lagi satu nt i dah kena manage blog kaunseling sek. Bertambah sibuk lagi la jawabnya.

Okelah, selamat berehat korang.

XOXO

Assalamualaikum ^_^

Hadiah dari UK

Posted by Suria Hana at 9:57 PM 1 comments

Hye. Apa khabar semua? Harap sihat ya.  Disember yg lalu, a good friend of mine went to UK with her mom visiting her little sister. Wah, best kan! Banyak la tempat yg dia melawat. Disamping tu dia tak lupa la nak belikan sedikit buah tangan buat teman2 rapatnya. Hehe. Termasukla aku. Hihihi.  So, entry kali ni saja la nak tayang sikit hadiah tersebut. I just love it. Hehe. Tadaaa....

Ahmad Tea boleh buat aku senyum2. Ahaha. Bukan apa sebab kawan kitorg nama mcm ni la. tp xde la tea kt belakang namanya. Kat umah mmg biasa minum teh ni. Tapi bukan perisa ni la. Huhu. Hari tu masa balik KL lupa nk amik 2 3 sachet teh ni. Tp xpe, family minum kt umh ni. Hihi.
Key chain teddy bear tu i letak kat kunci kereta. Hihi. My fren yg bg hadiah ni cakap i comel mcm teddy bear. Haha. Tang telinga ka sama macam bear tu ka tang pipi. Hahaha. Plaque tu sgt bermakna ayat2 nya. ^_^

Ha, yg replika cupcake tu beli kat Romantika. Dia jg yg bagi tp i pilih. I boh pin kerongsang bagai. Ni tinggal kt umh sbb kaca kan. Kalo bawa mai KL semua nt nk kena bawa balik jg. So tinggal setengah kt umah.

Thank you very much Cik Madi.
ILY juta2 lah


XOXO

Assalamualaikum.

Minggu Pertama Internship

Posted by Suria Hana at 1:10 PM 0 comments

Alhamdulillah, sebenarnya nak dekat 2 minggu dah aku internship. Tolak seminggu cuti Tahun Baru Cina, kira seminggu je la baru aku kat sekolah. ^_^
Pengalaman kali ini berbeza dengan masa praktikum dulu. Sebabnya sekolah baru, partner baru, kaunselor-kaunselor pembimbing pun baru. Pokoknya semua pun baru lah. Kali aku mampu untuk menarik nafas lega pada minggu pertama. Sebabnya ketua kaunselor di sekolah atas bukit ni friendly. Sangat2 friendly ok.
Untuk minggu pertama ni, aku dan partner Cik Al selalu masa rehat akan makan bersama-sama ketua kaunselor ;Pn. M dan kaunselor Cik S. Memandang sesi pagi ada 3 kaunselor tetap (2 perempuan dan seorang lelaki), manakal petang 2 kaunselor perempuan.
Pada mulanya kami berdua di bahagi sesi (petang sorang , pagi sorang) oleh En PK1, tetapi Pn M suruh kami berdua ditempat kn di sesi pagi maka Alhamdulillah. Seronok la kan. ^_^
Kali ni tak berapa cuak sangat walaupun tak dapat client for the 1st week. Sebab pernah face this kind of issue during my practicum. So agak relax la di situ. Tapi takde la relax sampai takde buat pape kan.
Ha, jangan tak tahu walaupun kaunselor pelatih kitorg still kena pegang jawatan tau. Untuk pengetahuan semua aku telah dilantik menjadi Cikgu:
1.      Rumah Merah
2.      Bola tampar (tampar pun tak reti.he)
3.      KRS
4.      Kelab Kerjaya.
Semoga segalanya berjalan dengan baik  selama di situ. Lagi seminggu aka nada Road Run ala2 Jogathon tak pun Merentas Desa. Haha. Tak jadi desa dah la, sebab rentas taman. Hihi.
Okay lah korang, tolong doakan yang terbaik ye untuk kami.
XOXO
Assalamualaikum.

Saturday, February 2, 2013

Semester baru

Posted by Suria Hana at 4:49 PM 0 comments
Alhamdulillah selamat sampai di Taman Budi dan Ilmu.

Ya Allah Kau permudahkanlah segala urusan ku di sini.

Sebelum masuk ke dalam Taman Budi dan Ilmu, saya menghantar kedua ibubapa tercinta ke stesen Lrt terdekat. Ya Allah masa tu memang sebak. Huhu. Tapi tetap ku tahan juga. Selepas dah bersalaman peluk cium dengan abah dan mama. Aku dah mula rasa ada takungan air di mata. Masuk kereta terus hujan dalam kereta. Cepat2 amik tisu lap. Sepanjang perjalanan nak balik hostel menangis. Rasa macam sakit sangat.

Takpe, beberapa bulan je lagi untuk berjuang ke titisan darah terakhir. Kemeudian akan pulang ke kampung halaman.

Sampai bilik sapu sampah, lap lantai kemas sikit2. Nanti baru kemas semula.

Perasaan kini adalah bercampur baur dengan rasa nervous utk internship. Huhu. May Allah ease my planned. Insya Allah.

p/s: Sentiasa merindu keluarga.

Tuesday, January 8, 2013

Alkisah- Final Exam

Posted by Suria Hana at 10:12 PM 0 comments

Alhamdulillah, hari ni dah lepas satu lagi paper. Paper Islamic Approach to Counseling. Alkisahnya hari ni, markah keseluruhan paper adalah 40 markah. Eh, itu bukan kisah sebenar, yang sebenarnya hari ni ada satu soalan aku tak jawab. Soalan 6 markah tak jawab. Huhu. Makanya tinggal 34 marakh sahaja. Hmmm, tak mesti 34 markah tu dalam tangan. huhu. Dah tak tau nak bajet berapa markah. 

Ni Ibn Sina punya pasal la. Tapikan sebenarnya salah sendiri juga. Kalaupun notes yg diberi tak lengakap tp knp la tak pegi cari additional info kt Google tu. Uhuhu. Tak mengapa lah. Tawakal je. memang untuk soalan tu, tak tau nak letak jawapan apa. Blank sungguh-sungguh.

Btw, Khamis paper Marriage and Family Therapy. tu lagi satu paper susah. Hmmm, dari last week study tak masuk2. Selepas tulis entri ni nak study lah. Harap2 study betul, kang terbabas study Fb plak. 

Oklah, all da best untuk semua yang menghadapi final exam sekarang. Semoga Allah mempermudahkan segalanya; dari mengulangkaji hingga ketika menjawab peperiksaan. 

Ok. Bye.
XOXO

Wednesday, January 2, 2013

Sudah Masuk Tahun 2013

Posted by Suria Hana at 1:31 AM 0 comments
Alhamdulillah

Sesungguhnya diriku yang kerdil ini amat berterima kasih dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan nafas.
Btw, kelmarin dlu bersamaan 31 Disember 2012, aku menjawab first paper aku dalam keadaan demam. Tak pernah seumur hidup menjawab exam dalam demam. Paper Mental Health plak tu. Mental jg la...tapi mungkin Allah ada bagi kemudahan masa aku jawab exam tu kot. Tapi sungguh la nak cakap, masa baca soalan2  tu memang tak boleh nak cerna macam selalu jawab exam. Nak bercakap pun tak bermaya. Memang dah tak hirau orang lain. Janji nak isi semua tempat kosong pastu balik lena lagi.

Aku start demam hari Ahad malam. Sejuk sangat malam tu. Sampai tk tau nak buka kipas ka tututp kipas. Buka bukan la maksudnya buka skru semua, tapi tu la orang kedah memang cakap macam tu. Maksudnya On suis kipas ka Off suis kipas macam tu la. he. Peace. Tak senang tidur langsung. Lepas Maghrib lena. Pastu bangun solat Isyak. Pastu lena jaga...lena jaga. Bukan apa dok tunggu nak pi jumpa dokter sebab Isnin dah exam. Nak teriak pun ada. Dan memang teriak la untuk mengurangkan resah di hati.

Esok, subuh2 tu bangun mandi semua. Siap2 lena balik tara nak tunggu pukul 8.00a.m. Dokter kat klinik kampus ku ini masuk pukul 8.00. Bila sampai sana dalam pukul 8.05 macam tu pun dah ada orang lain. lama giler tunggu. *Orang sakit selalu rasa masa tu lama bila menunggu*.

8.45am number ku di panggil oleh cik mesin. Pastu dah masuk tu nak teriak rasa. Memang tak larat sangat. Kalo jatuh masa balik mesti takdak sapa angkat. Dr. Hairani tunggu ja aku cakap sakit apa. Pastu dia cakap baik2 ja. Dia prescribed ubat then pi amik kat farmasi. Balik tu makan roti sebiji then makan ubat.

Konon nak tidur sejam je. Tapi tepi bantal letak siap2 dah nota kira jaga nanti baca nota terus. Oke dah jaga, pegang nota baca sikit tak tau bila lena. Banyak kali. Sampai pukul 12.30 jadi macam tu. Lepas tu bangun terus baca nota sikit. Pi basuh muka siap2 nk pi exam.

Alhamdulillah. boleh buat. Insya Allah. Aku dah usaha yang termampu. Nasib bukan kena jawab 4 study cases, klo tak apa la aku diagnose penyakit tu.

Bye
XOXO

p/s: Masa aku tulis entri ni lagu Everything is ok tengah di mainkan di player laptop ku. Enjoy!


 

Kanvas Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea