Tuesday, January 8, 2013

Alkisah- Final Exam

Posted by Suria Hana at 10:12 PM 0 comments

Alhamdulillah, hari ni dah lepas satu lagi paper. Paper Islamic Approach to Counseling. Alkisahnya hari ni, markah keseluruhan paper adalah 40 markah. Eh, itu bukan kisah sebenar, yang sebenarnya hari ni ada satu soalan aku tak jawab. Soalan 6 markah tak jawab. Huhu. Makanya tinggal 34 marakh sahaja. Hmmm, tak mesti 34 markah tu dalam tangan. huhu. Dah tak tau nak bajet berapa markah. 

Ni Ibn Sina punya pasal la. Tapikan sebenarnya salah sendiri juga. Kalaupun notes yg diberi tak lengakap tp knp la tak pegi cari additional info kt Google tu. Uhuhu. Tak mengapa lah. Tawakal je. memang untuk soalan tu, tak tau nak letak jawapan apa. Blank sungguh-sungguh.

Btw, Khamis paper Marriage and Family Therapy. tu lagi satu paper susah. Hmmm, dari last week study tak masuk2. Selepas tulis entri ni nak study lah. Harap2 study betul, kang terbabas study Fb plak. 

Oklah, all da best untuk semua yang menghadapi final exam sekarang. Semoga Allah mempermudahkan segalanya; dari mengulangkaji hingga ketika menjawab peperiksaan. 

Ok. Bye.
XOXO

Wednesday, January 2, 2013

Sudah Masuk Tahun 2013

Posted by Suria Hana at 1:31 AM 0 comments
Alhamdulillah

Sesungguhnya diriku yang kerdil ini amat berterima kasih dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan nafas.
Btw, kelmarin dlu bersamaan 31 Disember 2012, aku menjawab first paper aku dalam keadaan demam. Tak pernah seumur hidup menjawab exam dalam demam. Paper Mental Health plak tu. Mental jg la...tapi mungkin Allah ada bagi kemudahan masa aku jawab exam tu kot. Tapi sungguh la nak cakap, masa baca soalan2  tu memang tak boleh nak cerna macam selalu jawab exam. Nak bercakap pun tak bermaya. Memang dah tak hirau orang lain. Janji nak isi semua tempat kosong pastu balik lena lagi.

Aku start demam hari Ahad malam. Sejuk sangat malam tu. Sampai tk tau nak buka kipas ka tututp kipas. Buka bukan la maksudnya buka skru semua, tapi tu la orang kedah memang cakap macam tu. Maksudnya On suis kipas ka Off suis kipas macam tu la. he. Peace. Tak senang tidur langsung. Lepas Maghrib lena. Pastu bangun solat Isyak. Pastu lena jaga...lena jaga. Bukan apa dok tunggu nak pi jumpa dokter sebab Isnin dah exam. Nak teriak pun ada. Dan memang teriak la untuk mengurangkan resah di hati.

Esok, subuh2 tu bangun mandi semua. Siap2 lena balik tara nak tunggu pukul 8.00a.m. Dokter kat klinik kampus ku ini masuk pukul 8.00. Bila sampai sana dalam pukul 8.05 macam tu pun dah ada orang lain. lama giler tunggu. *Orang sakit selalu rasa masa tu lama bila menunggu*.

8.45am number ku di panggil oleh cik mesin. Pastu dah masuk tu nak teriak rasa. Memang tak larat sangat. Kalo jatuh masa balik mesti takdak sapa angkat. Dr. Hairani tunggu ja aku cakap sakit apa. Pastu dia cakap baik2 ja. Dia prescribed ubat then pi amik kat farmasi. Balik tu makan roti sebiji then makan ubat.

Konon nak tidur sejam je. Tapi tepi bantal letak siap2 dah nota kira jaga nanti baca nota terus. Oke dah jaga, pegang nota baca sikit tak tau bila lena. Banyak kali. Sampai pukul 12.30 jadi macam tu. Lepas tu bangun terus baca nota sikit. Pi basuh muka siap2 nk pi exam.

Alhamdulillah. boleh buat. Insya Allah. Aku dah usaha yang termampu. Nasib bukan kena jawab 4 study cases, klo tak apa la aku diagnose penyakit tu.

Bye
XOXO

p/s: Masa aku tulis entri ni lagu Everything is ok tengah di mainkan di player laptop ku. Enjoy!


 

Kanvas Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea