Tuesday, February 26, 2013

Alhamdulillah.

Posted by Suria Hana at 10:25 PM 0 comments
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya aku masih di beri kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.

Tadi lepas dah tulis kedatangan aku ikut la Kak S, Kak N, En B dan En S pi keluar sekolah. Sebabnya nak pi tengok sekolah yg menang pertandingan PPDa tu. Sekolah ni juara kebangsaan. So nk pi tgk la tara mana depa punya 'awesome' tu sampai menangkan. Bila tengok semua rasa memang patut la depa menang. Tapi ada la certain part yg aku tk berkenan. Tapi takpe la biar ku simpan sendiri , ewah.

Ok. usai balik dari sana dalam perjalanan nk balik, maka terjadi lah kejadian ni. Emmm. Perkara nak jadi. Bila Allah dah kata 'Kunfayakun' maka jadilah kejadian tersebut.
Ceritanya, kereta yang aku, Kak S dan Kak N naik telah di gesel oleh sang treler yg panjang. Treler ni mmg panjang la, sebabnya dia treler yg bawa kereta untuk di jual tu. Hmm, macam ni lah rupanya kereta kitorg yg kene langgar tu. Sebenarnya macam sagat je tapi mmg la treler lawan kete...faham2 jela.

Tapi memang sgt bersyukur tak jadi apa2 pada kami ber3. Kalo tak jenuh bersoal jawab la.  Maka selepas kejadian tersebut, ku mcm ala2 fobia tau nk bw keta bila ada lori besar2 kt tepi2. memang la selama ni pun ketaq ja bw tepi depa, tp la ni lg rasa nk berhati-hati.

Untuk korg yg membaca entri ni. Please bawa kereta dengan berhati-hati. Jangan ikut darah muda sangat. Lawan dengan treler or lori besar2 memang susah menang. Ikut jauh dari diorg takpe.

Pandu Cermat Jiwa Selamat

koleksi peribadi 




j

Saturday, February 16, 2013

Wajah Baru

Posted by Suria Hana at 10:05 PM 0 comments
Tadaaaa, i managed juga buat header untuk blog ni. hehe. Harap2 cantik dan kekal lama la kan. Hihi. Kadang2 tak puas hati nak je ganti baru selalu. Tapi masa tak mengizinkan. Kiki.

Mula2 tu dok cari background yg cun melecun la, comey2 la. Last2 pakai yg sedia ada kat blogger template tu kan.Pastu tgk header org lain chantek terasa nak menchantek kan yg sendiri punya. Usaha lagi kelebet. Reka sana sini., alhamdulillah jadi juga. Pendek kata puas hati lah. Hehe.

Semoga dengan wajah baru ni akan rajin kot nak update. ehehe. At least seminggu sekali kan. Bukan pe sibuk pi sek. Ha, lagi satu nt i dah kena manage blog kaunseling sek. Bertambah sibuk lagi la jawabnya.

Okelah, selamat berehat korang.

XOXO

Assalamualaikum ^_^

Hadiah dari UK

Posted by Suria Hana at 9:57 PM 1 comments

Hye. Apa khabar semua? Harap sihat ya.  Disember yg lalu, a good friend of mine went to UK with her mom visiting her little sister. Wah, best kan! Banyak la tempat yg dia melawat. Disamping tu dia tak lupa la nak belikan sedikit buah tangan buat teman2 rapatnya. Hehe. Termasukla aku. Hihihi.  So, entry kali ni saja la nak tayang sikit hadiah tersebut. I just love it. Hehe. Tadaaa....

Ahmad Tea boleh buat aku senyum2. Ahaha. Bukan apa sebab kawan kitorg nama mcm ni la. tp xde la tea kt belakang namanya. Kat umah mmg biasa minum teh ni. Tapi bukan perisa ni la. Huhu. Hari tu masa balik KL lupa nk amik 2 3 sachet teh ni. Tp xpe, family minum kt umh ni. Hihi.
Key chain teddy bear tu i letak kat kunci kereta. Hihi. My fren yg bg hadiah ni cakap i comel mcm teddy bear. Haha. Tang telinga ka sama macam bear tu ka tang pipi. Hahaha. Plaque tu sgt bermakna ayat2 nya. ^_^

Ha, yg replika cupcake tu beli kat Romantika. Dia jg yg bagi tp i pilih. I boh pin kerongsang bagai. Ni tinggal kt umh sbb kaca kan. Kalo bawa mai KL semua nt nk kena bawa balik jg. So tinggal setengah kt umah.

Thank you very much Cik Madi.
ILY juta2 lah


XOXO

Assalamualaikum.

Minggu Pertama Internship

Posted by Suria Hana at 1:10 PM 0 comments

Alhamdulillah, sebenarnya nak dekat 2 minggu dah aku internship. Tolak seminggu cuti Tahun Baru Cina, kira seminggu je la baru aku kat sekolah. ^_^
Pengalaman kali ini berbeza dengan masa praktikum dulu. Sebabnya sekolah baru, partner baru, kaunselor-kaunselor pembimbing pun baru. Pokoknya semua pun baru lah. Kali aku mampu untuk menarik nafas lega pada minggu pertama. Sebabnya ketua kaunselor di sekolah atas bukit ni friendly. Sangat2 friendly ok.
Untuk minggu pertama ni, aku dan partner Cik Al selalu masa rehat akan makan bersama-sama ketua kaunselor ;Pn. M dan kaunselor Cik S. Memandang sesi pagi ada 3 kaunselor tetap (2 perempuan dan seorang lelaki), manakal petang 2 kaunselor perempuan.
Pada mulanya kami berdua di bahagi sesi (petang sorang , pagi sorang) oleh En PK1, tetapi Pn M suruh kami berdua ditempat kn di sesi pagi maka Alhamdulillah. Seronok la kan. ^_^
Kali ni tak berapa cuak sangat walaupun tak dapat client for the 1st week. Sebab pernah face this kind of issue during my practicum. So agak relax la di situ. Tapi takde la relax sampai takde buat pape kan.
Ha, jangan tak tahu walaupun kaunselor pelatih kitorg still kena pegang jawatan tau. Untuk pengetahuan semua aku telah dilantik menjadi Cikgu:
1.      Rumah Merah
2.      Bola tampar (tampar pun tak reti.he)
3.      KRS
4.      Kelab Kerjaya.
Semoga segalanya berjalan dengan baik  selama di situ. Lagi seminggu aka nada Road Run ala2 Jogathon tak pun Merentas Desa. Haha. Tak jadi desa dah la, sebab rentas taman. Hihi.
Okay lah korang, tolong doakan yang terbaik ye untuk kami.
XOXO
Assalamualaikum.

Saturday, February 2, 2013

Semester baru

Posted by Suria Hana at 4:49 PM 0 comments
Alhamdulillah selamat sampai di Taman Budi dan Ilmu.

Ya Allah Kau permudahkanlah segala urusan ku di sini.

Sebelum masuk ke dalam Taman Budi dan Ilmu, saya menghantar kedua ibubapa tercinta ke stesen Lrt terdekat. Ya Allah masa tu memang sebak. Huhu. Tapi tetap ku tahan juga. Selepas dah bersalaman peluk cium dengan abah dan mama. Aku dah mula rasa ada takungan air di mata. Masuk kereta terus hujan dalam kereta. Cepat2 amik tisu lap. Sepanjang perjalanan nak balik hostel menangis. Rasa macam sakit sangat.

Takpe, beberapa bulan je lagi untuk berjuang ke titisan darah terakhir. Kemeudian akan pulang ke kampung halaman.

Sampai bilik sapu sampah, lap lantai kemas sikit2. Nanti baru kemas semula.

Perasaan kini adalah bercampur baur dengan rasa nervous utk internship. Huhu. May Allah ease my planned. Insya Allah.

p/s: Sentiasa merindu keluarga.
 

Kanvas Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea