Monday, March 18, 2013

Supervision ke-2

Posted by Suria Hana at 4:13 PM 0 comments
Alhamdulillah, supervision pada hr ni berjalan dgn lancar. Walaupun semalam konon kalut buat site profile dgn need assessment. Tapi at least dah siap kan benda tu. Senang j apun, tapai kalau bertangguh memang la maha dasyat nak buat nye nanti. Dan aku tak nak ulangi kerja gi-la aku sem yg lalu, Semua last minute, memang berjaga malam sampai gelong. Oh, No! Sangat la tak bagus untuk kesihatan.

Orang jual minyak wangi kita pun kena tempias wangi, orang buat besi kita pun dapat juga bau besi dgn api-api dia. He. Saja tukar sikit dari yg asal, tapi boleh faham kan. So, i think i get the perfume la. Hehe.

So, berbalik kisah supervision. hari ni kita buat mock counseling session. Kak Naimah partner dgn Nabila manakala Najib partner ngan Kak Ziha. Daripada situ aku belajar la cara org lain kendali kan sesi. Dan lecturer pun bagi tunjuk ajar, dan tip-tip yg bermacam. Thank ya my lectures. Kadang tu segan nak tanya kat diorg. Konon takut nampak bodoh, padahal bila tanya kan tak sesay jalan..

So apa2 pun kena tanya la. Bukan i tak tanya langsung. Mula2 i akan tanya kawan2 i dulu then agak2 takboleh baru tanya lecturer. At least ada kan. Itu yg i selalu pesan pada students i. Jgn blame cikgu, cikgu nak ajar ramai murid. Tapi murid kalo pegi sorang2 tanya cikgu mesti cikgu jawab. Budak2 zaman sekarang ni cikgu satu sekolah pun tak tau nama. Sungguh la diorg tak mengajar kita tapi, pelajar patut tahu nama guru di sekolah waima tukang kebun punpatut pelajar kena tahu or kenal or bagi salam.

XOXO

Take care
Bye

Sunday, March 10, 2013

Kawan Kahwin

Posted by Suria Hana at 5:23 PM 0 comments
Alhamdulillah. kelmarin seorang lagi sahabat a.k.a my kakak n my exroomate telah melangkah setapak ke hadapan. Beliau telah selamat melangsungkn perkahwinan denga pilihan hatinya. Barakallah. Aku mendoakan kebahagiaan mereka di dunia serta akhirat. Insya Allah.





TAHNIAH 
^_^

Tahun ke 25

Posted by Suria Hana at 1:37 PM 0 comments
Alhamdulillah,

Bersyukur ke hadrat Ilahii dengan limpah dan kurnianya masih lagi diri ini dapat bernafas serta melihat keindahan alam ciptaan Allah ini.

Kini aku telah menginjak umur 25 tahun. Wah, dah lama rupanya hidup. Tapi belum cukup lama untuk aku menilai kebaikan yang pernah aku lakukan. Aku rasa masih belum cukup sebagai bekalan menuju akhirat. Dan semoga setiap nafas yang Allah telha kurniakn ini aku gunakan sebaik nya. Dengan aktiviti2 yg berfaedah lagi di berkati.

^_^. Kawan2 dan ahli keluarga yang mendoakan saya terima kasih. Dan yg paling2 ramai juga mendoakan jodoh saya. Semoga termakbul la doa kalian serta doa sendiri. Hi. Insya Allah , nampaknya kena mula cari calon tahun ni dan tahun dah boleh kot mengakhiri zaman bujang. Hi. Kita cuma merancang, sesunggunya Allah la sebaik-baik perancang.





Friday, March 1, 2013

Lirik Lagu: Inteam; Redha

Posted by Suria Hana at 4:56 PM 1 comments

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang-ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah menerus kehidupan
Ku mengenal makna dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiri ku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli
Allah Maha mengetahui yang ada di hati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia terima
Yang tertulis dalam kehendak Nya

p/s:

pertama kali dgr lagu ni di blog seorg sahabat. Masya Allah, touching je rasa masa dgr lagu. jadi diri ni terpanggil utk berkongsi dgn rakan2 pembaca. Semoga bait2 kata yg terkandung di dalam lirik ini bisa memberi pengisian di dalam jiwa. Wallahualam. 
^_^

 

Kanvas Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea