Thursday, April 25, 2013

Postcard

Posted by Suria Hana at 10:45 PM 1 comments
Hye, apa khabar? Semoga sentiasa di bawah lembayung Ilahi. ^_^

Beberapa hari ni i bersembang dengan my best friend since school pasal postcard. Puncanya Cik Madi ni beliau telah melakukan research di internet dan terjumpa lah satu laman web ni. Dan laman web tersebut www.postcrossing.com. Ha, kepada para pembaca yang nak cuba menghantar poskad ke negara lain boleh la mendaftar di laman web tadi.

Oh, saya dah pun mendaftar.

Menurut Cik Madi, usaha mencari poskad di tempat kami yakni Sg. Petani adalah sangat terhad. Atau lebih tepat susah mendapatkan sekeping poskad. Lalu terdetik di  minda kreatif ku untuk bersama-sama Cik Madi untuk membuat poskad sendiri lalu menjual poskad tersebut. Haha. Serius. Ini perkara yang amat serius jika kita sukar mendapatkan sekeping poskad. Sebabnya poskad senang dan cantik. Ada gambar tempat kita berhenti dan kita boleh tulis secara ringkas tentang diri kita pada poskad tersebut. Hehe.

Jadi, nanti aku dah free aku akan sit together ngan Cik Madi untuk brainstrom design poskad dan teruskan impian kami menjual poskad. Cewah.

p/s: I LOVE CRAFT.  Mujur ada Cik Madi bersama berjuang. HIDUP KRAFT!

oklah
XOXO

Monday, April 22, 2013

Minggu Anti Dadah

Posted by Suria Hana at 10:22 PM 1 comments
22 April 2013

Wah, this is awesome. Apa yg i buat dengan budak2 selama seminggu menjadi. Sungguh seronok. Sebabnya pentomin i menjadi. Hihi. Mungkin ada sesetengah pelajar rasa tk seronok sebab para pelakon tak cakap, tapi namakan pentomin maka pelakon tk bercakap. Hihi. Sebenarnya pentomin i ala2 berlakon. Hihi

So, hari tunggu kat sekolah sampai petang. Sebabnya petang pun budak2 pentomin i buat persembahan untuk pelajar sesi petang. Cuma petang tak heavan macam pagi. Budak2 form 1, form 2 slow sikit kot nk faham. Tapi my children aka students did well. Proud of them. Later i will upload their faces. I love them so much. They are so adorable.


Tadaaa,,,

Sunday, April 21, 2013

Carilah hatimu

Posted by Suria Hana at 9:53 PM 1 comments
Pesanan Imam Ghazali:


Nostalgia: Hari Anugerah Cemerlang

Posted by Suria Hana at 3:18 PM 2 comments
Hye, apa khabar? Harap sihat ye korang.

Kelmarin sek tempat i praktikal menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang. Wah, bestny. (ini perasaan mula2). Konon. Tapi sebenarnya malas pun nakpergi. haha. Sebabnya tugas i dah habis. Persediaan dewan. Pasal persediaan dewan i tak nak cerita sebab sakit hati.

Kenapa nostalgia? Cuba bayangkan dah berapa lama kita tinggal alam persekolahan, i mean as a student la not as a teacher. Wah, heaven kan jadi pelajar. Kelmarin acara mula dengan persembahan nasyid. Teringat kenangan di SMKAY. Wah, kali ni i berani sebut nama sek i. Sebab i memang rindu sangat2 moment di sana.

Masa nasyid tu, mata i macam masuk pasir jap. Eh, sek i bukan tepi pantai pun. Hehe. Tapi debu2 cinta kena mata i. He.

Antara perkara-perkara yang i rindu kat SMKAY adalah:


  1. Solat berjemaah
  2. Puasa dan berbuka berjemaah
  3. Mengaji (bila tengok orang lain mengaji kita pun nk pulun habis khatam jg)
  4. Tazkirah
  5. Moment dlm surau(usha pentazkirah, usha sapa imam)
  6. Dorm( lepak, share cerita)
  7. Sawah padi (sekolah i tengah bendang, ok)
  8. Mandi kolah sesama
  9. Basuh baju kat kolah sesama
  10. Sesama simpan air bila air takde kat asrama
  11. Jamuan birthday dan akhir tahun
  12. Bila pertandingan keceriaan asrama dan kelas
  13. Hari terbuka asrama (time ni la boleh pi tgk bilik crush.hehe)
  14. Bila amik hadiah kat pentas
  15. Bila buat persembahan
Seronok betul bila fikir masa sekolah tengah bendang tu. walaupun menatang wahid tu selalu mai ketit (gigit). Tapi takpa, janji boleh jumpa kawan2. Miss u all damn much. 

Sekarang masing2 dah berkerjaya, sambung pelajaran kat oversea, sambung master, phd semua. Dan org UK tetap di hati. ceewaah. Mati kalo kawan i cik Madi baca. Jangan ketawa tau.

Friday, April 19, 2013

Perasaan

Posted by Suria Hana at 11:56 PM 2 comments
sedih.
student kena buang sekolah.
nak buat mcm mn dah, dia yg taknak dgr.
 tp mmg sedih. sebab dah sayang.

Tuesday, April 16, 2013

Bila Jatuh Cinta

Posted by Suria Hana at 10:25 PM 2 comments

Thursday, April 11, 2013

Cerita semalam

Posted by Suria Hana at 12:07 AM 2 comments
This is fun. Semalam aku dan roomate masuk pertandingan menyanyi. Saja seronok2. Konon final year kan. so, tak kesah la. Hehe. As usual la, aku akan menyanyi lagu Menciantaimu.Lagu yang di popularkan oleh Kris Dayanti. My favorite song ni. My roomate nyanyi lagu Hero by Mariah Carey. Kami bukan prepare apa pon sangat. Harap nyanyi kat bilik ja dan kadang2 pegi karoke. Girls only okay.

Dan pertandingan yang di jalankan semalam adalah girls only maka kami join la. Hehe. Mak aih ketaq tok sah kata la. Tangan gigil2. Tapi mesti la audiences tak nampakkan. Cuma nya suara i akan jadi lain la bila ketaq ni. Suara i yang manja2 lemak merdu ni akan jadi suara macam jantan pula. Haha. Bukan la jantan sangat tapi macam keras sikit la. Sebab dok tahan tak mau bagi dengar suara ketaq.

Tapi pun sound tak bagus malam tu. I dengar suara i balik masa dok nyanyi tu pun nk gelak dah. Memang renyih a.k.a senyum ja atas pentas tu. Apa boleh buat. Haha. Tp serius enjoy la. Sebab memang itu niat utama. Bukan nak menang pun. Tak kesah bab menang tu cuma nak feel masuk pertandingan menyanyi.

I cakap kat my  mom semalam before bertanding. Ok. Tadi call my mom, my mom kata mcm mn pertandingan nasyid. hehe. Mama cek tak masuk pertandingan nasyid pon, masuk pertandingan nyanyi girls only. Ooo, takpa la. Tu jawapan mama i. Hehe.Sebenarnya mama i tk bg sgt pon, tp sbb girls saja dia bg. Karoke tu pun dia tk bagi tp bukan melarang terus. Mama kata nanti habis duit, kan mahal. Hehe. Takpa cek cari yg murah. Nanti kalo dok rumah jauh pada org boleh beli set karoke sendiri, dak pun buat bilik kedap bunyi so tak yah nk habis duit sangat. Lagi pun boleh merapatkan hubungan dgn family. Ini i wish la. He.

Ha, lagi satu, kami berdua selepas pertandingan tu lawan dok gelak tengok video nyanyian sendiri. I nyanyi sumbang giler. Haha.Tapi suara roomate i sedap. I memang suka sora dia. Hehe. Cik Fatin Hasanah comey. Dan terima kasih kepada rakan2 yang hadir. Masa sebut nama atas pentas gelabah sampai lupa sebut kawan sekelas, tp i ingt korg k.

XOXO
Assalamualaikum

Wednesday, April 10, 2013

Hujan Air Mata

Posted by Suria Hana at 11:50 PM 1 comments
Hujan di hati
Ternampakkan di mata
Saat hujan nan lebat di luar jendela
Luluh hati ini
Mengapa 

Soalan demi soalan 
Aku lontarkan sendirian 
Tanpa sahutan jawapan

Sendirian 
Bertafakur
Berfikir
Hanya memohon 
DIA dia atas sana
Menguatkan hati ku


p/s: Ujian semasa intern ni sangat besar. Sampai nak tidor pun masih menegenangkan students. 
 

Kanvas Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea