Friday, October 18, 2013

Nasihat : Saling Melengkapi

Posted by Suria Hana at 10:10 AM 0 comments



Dipetik dari Hilal Asyraf (Official)

Kadang memang suami rasa dia buat kerja lebih banyak daripada isteri, dan begitu juga isteri merasakan dia buat kerja lebih banyak daripada suami.

Mereka akan membanding-banding, siapa yang lebih banyak berpenat lelah, dan siapa yang lebih banyak membawa 'hasil' kepada kesejahteraan rumahtangga.

Saya dan isteri pun kadang-kadang termasuk juga sembang-sembang sedemikian.

Tetapi ayat yang kami belajar di Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI) dahulu - saya dan isteri sekolah menengah sama - sering menjadi penutup perbicaraan kami.

"Takmil wa istikmal - saling lengkap melengkapi." Ayat itu akan keluar. Dan kami akan tersengih, ketawa bersama kemudian.

Isteri ada lapangannya, suami ada lapangannya.
Suami ada kelemehannya, isteri ada kekurangannya.
Masing-masing saling memerlukan.
Ikatnya cinta,
matlamatnya syurga.

Kena sedar benda ini,
dan itu antara kunci kesejahteraan rumahtangga.



p/s: sebagai peringatan utk diriku pada masa hadapan. jadi bila kita mengamalkan 'saling melengkapi' ni tiada la yang berkecil hati atau tersinggung dalam alam rumah tangga.

Madah 1

Posted by Suria Hana at 10:06 AM 0 comments
Lelaki kan?

Tak boleh tengok perempuan cantik. Apalagi bila takda kekasih, punya laju dia hulur hati.

“I love you”

Murah harga cinta untuk lelaki hanya kerana perempuan itu tak ada siapa. Sebagai tanda, perempuan itu dicop: AKU PUNYA.

Kalau perempuan itu dah ada kekasih;

” I miss you”

Ungkap rindu sekadar teman, tapi niat lain kalau-kalau boleh buat skandal.

Capai telefon bimbit,
text perempuan;

“hai sayang. You tengah buat apa?”

Tak ada ikatan. Panggil orang sayang-sayang. Ludah untuk kata ‘I miss you’ tinggi-tinggi , bila rasa tak suka: DIAMKAN DIRI.

“Sayang, sayang, sayang”
“I miss you, I miss you, I miss you”

Takpa difikir, sebenarnya kita sudah tak hormat dia. Atau, cuba fikir seluasnya pada diri sendiri bahwa sebenarnya adalah murah harganya beri hati pada manusia.

Kalau si perempuan itu ada kekasih, cakap;

“eh, I just nak kawan dengan you”

Kemudian bila perempuan itu ada krisis dalam relationship dengan bf nya lelaki ini cakap;

“no matter what, I’m with you..”

--BSA



p/s: td buka FB BSA, terbaca madah ni. tergerak hati utk berkongsi. ini sepenuhnya karya BSA sy cuma kongsi. tp betulkan madah ni. perempuan pun sama jg.


sumber

Monday, October 7, 2013

Cuba Teka by Tasha Manshahar &Syed Shamim

Posted by Suria Hana at 11:14 AM 0 comments

Zumba

Posted by Suria Hana at 10:11 AM 0 comments
Wehuu..hehe.  mari ber Zumba.


Zumba apa tu?

Zumba merupakan program tarian kecergasan yang telah diasaskan oleh penari dan koreografer Columbia; Alberto 'Beto' Perez pada tahun 1990 an.  Secara asasnya Zumba ni merangkumi  element tarian dan aerobik. Koreografi Zumba ni mencakupi tarian hip-hop, samba, salsa, merengue, mambo dan seni mempertahankan diri (martial art). 

Mula2 kawan cek la, Cik Chatol dok ajak berzumba bagai. Haha. Masa tu plak den tak tau nak buat sendiri, yela memang la mcm senang je amik je mana2 jenis muzik pun kan pastu menari la. Cek bukan org macam tu, mesti ada guideline semua baru aci guna pakai. Hee.

Jadi, last week jalan2 pi Central Square tu, lama jg la tk jejak kaki kt sana. langkah kaki di hayun lalu masuk la ke kedai Speedy Video. Jalan2 dalam tu jumpa bahagian rak Sport and Fitness kot kalo tak silap. Dan2 tu la nampak DVD Zumba ni. DVD nya banyak set; basiic, activate, exhilarate, and full. So, cek pun beli yang activate tu, sebb masa tarian nye cuma 45 minit..so oke la kan. Tak la lama sangat. Tapi bila dh balik try kt umah, 45 minit tu takde apa. Memang syok la, enjoy sungguh. hehe.

Dengan berZumba ni harap ada harapan nak kurus la. Hehe.


p/s: Jom la berZumba. wehuuu

Resepi: Tom Yam Ayam

Posted by Suria Hana at 9:13 AM 0 comments
Assalamualaikum. Hye there!.

Hari ni saya masak tomyam ayam untuk makan tengah hari. Jadi rasa macam nak share sikit la resepi ni dengan korang. Masak tomyam ni senang saja. ^_^

Ini bahan-bahannya:



 Ayam (potong kecil-kecil)
 Lobak merah
 Bunga Kobis
Tomato
Bawang (satu labu je)
 2 sb Paste tomyam

(sukatan ikut kesukaan anda,kalo suka sayur banyak letak lebih)

Cara-cara:

1. Mula-mula sediakan periuk kemudian panaskan periuk serta masukkan paste tomyam. kemudian terus masukkan air. Sukatan air tu agak2 ye.
2. Kemudian masukkan lobak merah. Sebab lobak merah ni lambat empuk sikit jd kita masukkan lobak merah dulu.
3. Apabila kuah dah mendidih masukkan ayam. Bila ayam dah agak2 nak empuk tu masukkan bunga kobis. Biar mendidih sekejap lg kemudian masukkan tomato dan bawang yg telah di potong 4 tadi.
4. Jangan lupa letak garam sikit. Kacau2 sikit, cukup rasa semua padamkan api. Jangan biarla nanti sayur lecur, ayam terlebih masak.

*SELAMAT MENCUBA*

Thursday, October 3, 2013

Lagi 3 Minggu

Posted by Suria Hana at 10:54 AM 0 comments
Hye...Assalamualaikum. Apa khabar?

Nampaknya lagi 3 minggu mama dan abah nak balik dari menunaikan ibadah haji. Semoga mereka memperolehi haji yang mabrur.
Dan selama peninggalan mereka ke Tanah Suci Mekah aku menjadi baby sitter. Hmm, jaga siapa lagi kalau bukan sepupu2 kesayangan. Hari-hari mengemas rumah, masak, bebel-bebel sikit...haha. Tapi yang tak berubah nye aku ni...ahaha...tak juga kurus-kurus. Kunun2 akan kurus la bila buat house chores semua kan. Haha. Mimpi la tu cik farah. Kalo tak excercise..muahaha.

Tapi apa yang aku suka bila tengok sepupu2 aku ni makan dengan berselera. Hehe. satu kepuasan di situ.

Pernah aku masak nasi lemak, kakak (sepupu kecik tp panggil kakak) komplen

' Long awat nasi ni tak lemak sangat. Tak mcm mak buat'

Aha...mn cek tau cek dah ty mama cek boh santan byk  mn, tu la korg mkn nasi byk sgt terpaksa la kaklong hampa ni masak nasi byk, tu la kot nasi tk lemak sgt. Tapi tkpe la kan tk lemak sgt kan...hehe.

Tu baru pasal nasi lemak. Hari lain aku masak nasi tomato dgn ayama masak merah. Kali ni ayam masak merah tgk buku, sbb tk ingt sgt bahan2. Pastu ada satu resepi ni letak susu cair sikit...haha. Dalal tu tulis 175ml, haha tp dekat tin tu tulis 400gm. Aiseh, mana sama ukurannya. maka aku buat pala tau sendiri la, tuang semua...tengok2 kuah dah jadi macam ayam masak lemak. Adoi. redah je lah.

Kali ni faris pulak komplen.
Gaya mula2; buka tudung, ceduk kuah then cium. (Ait..basi ke apa..ty dlm hati).

'Awat bang cik?'

'Long ni ayam masak apa? '

'Ayam masak merah la, tp terlebih susu'

'Abang cik tak mkn ni'

'Try la'

'Takmau'

Last2 dia mkn aym goreng dgn kicap bersama nasi tomato. macam tu la sepupu2 aku yg laki ni, makan apa pun nak kicap je, sbb tu kicap kat umh cepat abis.

Okelah pen-off dlu, nak pi masak pulak.
Hari ni masak ikan merah masak lemak cili padi, sayur kacang bendi. Ada masa i upload na...


XOXO
 

Kanvas Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea