Monday, March 31, 2014

Kasih Padamu Ya Rasulullah

Posted by Suria Hana at 9:31 PM 0 comments

Bait kata yang indah
Lagu menari merdu 
Menjadi halwa telinga
Buat hati syahdu terkenangkan KekasihNYA.

Friday, March 14, 2014

Cerita Kad kahwin

Posted by Suria Hana at 5:36 PM 0 comments
Aku baru saja beli buku/ antologi cerpen sebagai hadiah untuk diri sendiri. Dah lama nak beli pon. Tara ini la buku tersebut....
Dan tiba2 mula la aku berangan untuk buat kad jemputan kahwin seperti muka depan buku di atas. Cantik kan? Comel.

P/s : Masih menunggu sang arjuna kayangan turun ke bumi bersama lamaran.

Sunday, March 9, 2014

Syukur dengan nikmat Mu

Posted by Suria Hana at 12:28 AM 0 comments
Alhamdulillah. Genap aku berusia 26 tahun. Lama dah menumpang di bumi Allah ini. Aku berharap tahun ini lebih baik...semoga urusan temuduga aku berjalan dengan lancar,semoga mudah aku di 'posting 'kan. Dan yang paling penting semoga jodoh menjengah aku. Dan lagi,semoga hati aku lembut menerima. Insya Allah.

Kenangan pada yang jauh di pulau mana mungkin senang aku padam kan.
Aku mahu sebuah realiti.
Aku berdoa semoga dia untuk ku.
Jika bukan dia, aku amat percaya Allah simpan seseorang yang lebih baik untuk ku.
Semoga aku menjadi hamba yang redha.

Walau hati pedih
Walau langit terus menangis
Hati ku pejalkan
Agar bisa melalui segala onqk duri- suriahana

Monday, March 3, 2014

Guru Ganti

Posted by Suria Hana at 3:29 PM 0 comments
Assalamualaikum..
hye readers! How are you? I hope you are in pink health.

Ahamdulillah..dah nak masuk bulan ketiga aku menjadi guru ganti. Aku mengajar di sebuah sekolah yang berdekatan dengan rumah aku je. Baru lima minit bermotosikal dah sampai sekolah. Mengajar di sekolah rendah pada aku agak mencabar...bajet macam sekolah menengah senang je kan.

So kat sini saja la nak kongsi sikit pengalaman tu plus nak mendiarikan memori yang di kutip kat sini. Mengajar pelajar sekolah rendah cabarannya lain sikit, sebabnya diorang ni clean, maksudnya kita kena ajar dari basic. Ada juga yang cepat faham. Satu sebab depa memang terang hati, satu lagi sebab pi tusyen dah. Aku sangat2 berusaha untuk menjadikan pengajaran aku seronok. Aku takmau la asyik masuk mengajar saja. kan...macam tak best ja. No fun.

Tapi ada juga pelajar yang mungkin saja nak attention kan..macam2 peel kata orang Kedah. Well, tak mengapa semua tu. Cuma bila kelas yang banyak mulut ni susah sikit, sebabnya kita nak cakap dia pun nak cakap. Tudia penat la kan...nak nak sekarang musim panas ni...jenuh kuatkan suara. Kalau nyanyi lagu syok juga. Haha.

Aku sekarang ajaq Math, DST dan PJ. Fuyooo...penat meh. Takpe2. Kalau time PJ depa mesti kalut nak tanya aku nak ajaq apa. Jenuh  pikiaq. Dah la tk reti sangat PJ ni. hehe. Depa tak tau ka cikgu depa nak kena ikut RPT. Hadoi la. So kepala otak kena kreatif sikit. Kadang i cakap memain dengan diorang nak belajar berenang. Memang ada pon dalam buku teks. Cuma kat sekolah mana ada kolam, i kata la kita berenang dalam kolam ikan. Hehe. Depa dah tau dah i trick depa. Kiki.

Bila nama budak, mesti mulut manis kan. Cikgu comel, cikgu pakai lawa- pokoknya sekolah rendah ke sekolah menengah ke dah pandai mulut manis. Hehe. Cuma kat sekolah rendah budak perempuan dan lelaki mulut manis. kalau sekolah menengah budak lelaki la kan.
Takpa, kadang2 kita mau juga dengar ayat bergula manis ni kan. So, hari kita akan seronok sikit.

Cukup la dulu cerita di sekolah kan. ^_^

 

Kanvas Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea