Monday, November 17, 2014

Hari-hari Akhir Persekolahan

Posted by Suria Hana at 4:27 PM
Assalamualaikum dan hai semua. Pejam celik pejam celik dah masuk November. Sepanjang tahun ni macam-macam telah terjadi.dan begitu juga dengan pengalaman yang telah di timba semasa berada di SKSP. paling tak boleh lupa adalah tugasan yang diberi...haha. Tugasan ni macam wajib je di beri kepada ku. Bahagian DOKUMENTASI & FOTOGRAFI. Always okey.

Menjadi jurufoto semasa Sukan Tahunan la yang paling letih. Ke sana ke sini di bawah panahan cahaya matahari memang la. Letih oi. Habis hitam legam muka i, plus panas membakar tu menjadi punca selesema dan demam. Until now, selesema tu tak lega lagi tau. 

Cut off pasal hari sukan sekejap. Haha.

Setiap hari pergi sekolah harap dapat tengok muka seseorang. Eh, bukan i sorang je yang semangat pergi sekolah sebab tu, sorang akak ni pun sama juga macam i. Tapi i baru je baru-baru ni saja. Ahaha. Well, parking mesti kena dekat dengan kereta dia, tengok kereta pun jadi la.  Korang pun pernah kan macam ni kan? Eh, takkan setakat tu saja. Well, tugasan sebaga jurufoto membolehkan i bercakap juga la dengan 'seseorang' ni. Percakapan nya aduh irit sangat. Dalam mulut ada emas? Susah benor mau dengar suara dia. Lately, dia ada juga cakap dengan i and he started it first. tu pun boleh buat i seronok pi sekolah. Hehe. Macam gedik je kan. Gedik tapi takde la tunjuk kat situ gedik, gedik sesorang je. Hoi, malu la. Yang lain i simpan sendiri je la ye. 

Semua cikgu kat situ baik-baik belaka. Suka bawa makanan. I sampai segan. So i adala juga bawa makanan, kek, agar-agar macam tu la..selalunya desert je la. Hehe. Itu yang i suka buat dan senang. ^_6

I love to be part of the school community. 

1 comments:

tiga lalat said...

masih aktif postcrossing keww.,

Post a Comment

 

Kanvas Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea